Wednesday, March 14, 2012

Tolong Ambil Kisah

Bismillahirrahmanirrahim


#kisah. IniAnwarHadi.

Dah tengok?

Wow.

Tahniah! ^^

Harap ada action la lepas ni eh? 

Seperti di dalam blog angelpakaigucci, ada 10 tanda yang menandakan anda tidak mengambil kisah. Nak tahu apa? jom ke sini~

Dan kalau nak merasa video yang membuatkan anda terasa meremang bulu roma dan bergenang air mata sekaligus menaikkan semangat untuk menyumbang, jom layan video ni:


sila tekan 'cc' untuk english subtitles

Dan kalau anda percuma hari jumaat ini, apa kata anda ke sini?


Izinkan saya kuot kata2 ini dari sini

Walaupon kemungkinan besar dengan beraraknya kita beramai-ramai nanti tidak akan menyelesaikan masalah di Syria nun, siapa tahu, dengan solidariti yang kita tunjukkan, dengan doa-doa yang kita lafazkan dan dengan takbir yang kita laungkan, itu semua bakal memberi kekuatan dan tenaga ala-ala lepas minum Kerbau Merah kepada saudara-saudara kita di sana...?? 
Dan siapa tahu, dengan penyertaan kita ini, ia bakal menjadi hujah untuk kita melepaskan diri kita apabila ditanya oleh saudara-saudara kita yang teruk ditindas dan diseksa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya, di mahkamah Allah kelak..? Gulp.


Jadi, apa yang anda tunggu lagi tu? =)

Monday, March 12, 2012

Dedikasi dari hati

Bismillahirrahmanirrahim

Ini post istimewa buat bestfrentilljannah saya. Hari ini ulang tahun kelahirannya yang ke-23. 

Semoga terus thabat berada di jalan yang lurus ini, dimantapkan iman dari hari ke hari, dan dikurniakan 'the-other-half' yang sama-sama berlari menuju destinasi syurgawi~

Maaf, tak dapat nak buat surprise birthday cake untuk ukhti, kerana berjauhan begini. (jauh la sangat :D) Tapi insyaAllah permintaan hadiahmu yang satu itu akan kucuba tunaikan sebaik mungkin. Harap gambar ini membuatmu tertunggu-tunggu :D

Tunggu time usrah nanti eh! hehe

Hajar, tiba-tiba teringat waktu birthday ana. Enti balik lambat hari tu. Masuk je rumah, enti kata "Lina, pakwe awak kat luar tu". Ana jawab: "pakwe yang mana satu?" Tapi dalam hati "Bila masa la pulak ana ada pakwe nih" Mujur ana buat taktahu je... Kalau tidak, habisla spoil surprise birthday untuk ana.keke. Rupanya inche' penghantar pizza yang kat luar rumah. :D

Anyway, Happy Birthday Siti Hajar Mohd Roslan! ^^



Psst: Ana merindukan Kahfi dan seisinya sangat3! Sampaikan bila makan pun mesti teringin apa yang biasa makan kat Kahfi/Nilai.wuwuwu. Yang paling rindu, makan dalam dulang T_T

Thursday, February 23, 2012

Posisi

Bismillahirrahmanirrahim

Buat pengetahuan anda (buat yang belum tahu) saya dan rakan-rakan tahun akhir di USIM sedang ber-latihan industri. Ada yang mula awal, ada juga yang habis lambat. Tempoh Latihan Industri bagi setiap fakulti berbeza-beza. Ada juga mahasiswa yang dapat praktikal di luar negara ; Jordan, Australia, Indonesia. Kedengarannya seronok bukan? =) Tapi hakikatnya, masing-masing punya kelebihan dan kekurangannya. Pasti.

Ada yang dapat praktikal di organisasi yang dekat dengan rumah, tapi kalau nak pergi praktikal/kerja, jalan mesti jam. Ada yang dapat organisasi luar negara, tapi masih belum dapat tarikh flight dan perlu praktikal di dalam negara dahulu. Ada yang dahulu urusannya sangat sukar dalam menguruskan tempat latihan industri, kini senang di organisasi yang dipilihnya. Ada yang dapat terlalu banyak kerja, namun ada yang termenung sendirian memandangkan tiada kerja untuk dibuat. Ada yang.... "ok ok cukuplah tu eh?" (kata anda)
kredit kepada tukang buat gambar :)

Memang. Tiada yang sempurna di dunia ini. Ada baik, ada buruk. Ada sukar, ada senang. Allah dah ciptakan semuanya berpasangan. Yang penting, KITA. Sejauh mana kita terima dan terus berjalan tanpa henti dengan segala cubaan yang datang menimpa. Sejauh mana kebergantungan kita pada ALLAH? Percayakah kita, bahawa apa yang kita rasakan tak baik itu, tak semestinya tak baik untuk kita. Sebab, di akhirnya, barulah kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Barulah kita tahu, yang Dia Maha Mengaturkan yang terbaik untuk kita.

Oh, ramai yang tanya (ecehh, ramai ke?), macamana praktikal saya, best ke? ha, ni yang saya nak share ni :D Antara bestnya kerja ni, setiap pagi (kalau pasang radio ikimfm dalam kereta) mesti dapat motivasi pagi free. Ada satu pagi tu, rasa nak menangis dengar ustaz bagi motivasi. Punyalah tersentuhnya dengan kata-kata ustaz, sebab memang terkena dengan situasi diri sendiri. Sungguhlah, tarbiyah Allah ada di mana-mana. Tinggal kita ambil 'ibrahnya atau tidak. Lagi satu, (alhamdulillah) saya dapat konsisten dengan solat sunat dhuha. kalau dulu, tak dapat nak solat dhuha sebab ada kelas/kuliah straight dari pagi hingga tengahari, kini tidak lagi (kekeke, dah macam iklan dah)

Apapun posisi anda, dan kita semua, sebagai pelajar, pekerja, penanam anggur separuh masa mahupun suriummah yang berkaliber, jangan pernah lupa tanggungjawab kita. Hamba Allah dan khalifahNya. Jangan pernah lupa tanggungjawab kita sesama muslim untuk amar ma'ruf & nahi mungkar, bahkan untuk mentadbir alam seluas ini. Jangan pernah lupa, kita ada kampung abadi kita, tempat tuaian segala usaha dan keringat kita. Samada syurga atau neraka. Jika diselak kalamullah itu, disebutkan bahawa nikmat syurga tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran kita, dan azab neraka itu amatlah pedih dan takkan mampu tertanggung oleh manusia.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ اللهُ : أَعْدَدَتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِيْنَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَر، وَاقْرَأُوا إِنْ شِئْتُمْ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ


Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Allah telah berfirman : Aku telah menyiapkan bagi hamba-hambaku yang sholeh (di surga) kenikmatan-kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata-mata, dan tidak pernah terdengar oleh telinga-telinga, dan tidak pernah terbetik dalam benak manusia”, jika kalian ingin maka silakan bacalah (firman Allah) : “Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan” (QS As-Sajdah : 17) (HR Al-Bukhari no 3072 dan Muslim no 7310)



Wallahua'lam, wassalam~!

Monday, February 20, 2012

Sebulan berlalu


Bismillahirrahmanirrahim

Internship at UNITEN library #day1
Alhamdulillah. What can I say? 


Saya sangat yakin dan percaya, Allah dah susun yang terbaik buat saya pada hari ini. Setelah sebulan berlalu, dulu, 20012012 menyaksikan saya menghabiskan final exam dan hantar thesis, kini, 20022012 menyaksikan saya sudah berpindah ke fasa baru. Fasa bekerja.



Melapor diri di Jabatan Sumber Manusia seawal jam 8 pagi

Walaupun ada banyak perkara berlaku di luar jangkaan, saya sangat bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berada di perpustakaan UNITEN. Saya sedar, kerja saya bukan setakat 'bekerja', tapi lebih dari itu. Di sinilah tempat praktikal segala ilmu teori akademik dan juga segala ilmu teori DnT yang saya dapat selama berada di USIM. Ternyata, bukan mudah. Tengahari tadi, saya sangat tersentuh dengan hidangan percuma dari Chief Librarian. Guess what, beliau belanja kami makanan rohani dan makan tengahari! 


Kami dihidangkan dengan tazkirah daripada Prof. Dr. Muhaya yang bertajuk "Celik Mata dan Jiwa Seorang Pekerja". Fuh! Memang pembakar semangat untuk bekerja demi redhaNya~ 


Selama satu hari berada di library, saya dibrief oleh kak Atirah dan Kak Liza. Mereka bawa saya pusing satu library dan brief secara umum bidang tugas setiap unit. Oh ya, lupa nak bagitahu, saya lah satu-satunya pelatih industri di library untuk 16minggu ini. Nak tak nak, memang kena pandai bergaul dengan pegawai yang lain. Syukrulillah, semua pegawai dan pustakawan sangat sangat sangat baik hati dan murah senyuman. Yang paling saya suka bila mereka kata ini >>> "welcome to the club" Waa,, terasa sesuatu di situ ye ^_^

Upss, dah lewat malam... saya berhenti sampai sini dulu ye. insyaAllah akan sambung lagi. (dah macam buat laporan kat sini pulak kan?he he)


Take care semua! Moga Allah redha~

Wednesday, February 15, 2012

First Date

Bismillahirrahmanirrahim

Senyum nampak gigi.


Alhamdulillah semalam (13/2/12) first date kami.


Dan juga first time saya ke kedai buku Fajar Ilmu Baru atau nama feymesnye FIB di jalan Masjid India.


Pagi semalam, selepas usrah di Nilai, saya terus memecut ke Bangi untuk menaiki KTM UKM. Memandangkan saya ni tak reti jalan kat area KL tu, maka saya decide untuk naik KTM&LRT sahaja. Tapi biasalah. Risiko yang perlu saya ambil adalah berkaitan dengan masa dan tenaga. Dan sebenarnya saya ambil ia sebagai cabaran. Cabaran untuk menggunakan masa menunggu/berada dalam KTM untuk membaca buku. (kalau drive sendiri ofkos la tak dapat membaca kan.hehe) plus dapat eksesais sikit. :D


Temujanji kami pada pukul 2.30petang. Tapi saya tiba di Masjid India dalam pukul 3.30petang kalau tak silap. Oh ya, lupa pula nak bagitahu siapa yang saya jumpa buat kali pertama tu kan.. Beliau adalah,,, jeng jeng jeng... Penulis blog yang super osem ini! >>> http://suratuntukboolan.blogspot.com 


Walaupun saya tiba lambat, beliau tetap nak 'menjemput' saya. Kami bertemu di Masjid India dan beliau bawa saya ke kedai FIB. Rupanya akhawat yang lain dah ada kat situ. Antaranya Kak Hasanah, Kak Atiqah, Safura & Azzizatul Ain.hehe. 


First time juga saya jumpa kak Atiqah yang comel, Safura yang sweet dan Azzi yang kool! ngee. Dan masa tu, kakhasanah dah pilih2 buku. 


Lina : "Wahh, akak beli buku apa tu?" 
kH  : "ala,, segan la.." tapi tetap hulur buku tu pada saya.hehe
Lina : senyum. ehem. pasal suami rupanya.
kH  : "Lina nak cari buku apa?"
Lina : "Tarbiyatul Awlad" suara perlahan. 
kH  : "ohh,, cuba tanya pakcik kat kaunter tu"


Tapi saya tak tanya pun kat pakcik tu. Saje nak explore kedai tu sendiri. Mula-mula ternampak buku "Dalam Dakapan Ukhuwwah" terus teringat kat Huda. Sebenarnya dah lama cari buku tu, memang nak bagi hadiah buku tu pun kat dia. Dari tahun lepas lagi. Saya ada mention dalam post ini  so, terus ambil buku tu. Pastu, jalan-jalan lagi untuk cari buku Amru Khalid, dan saya ambil buku "Ibadah Sepenuh Hati" dan last sekali, saya ambil buku "From Zero To Hero". Habislah sudah baucer RM100 saya.huhu

"Dalam Dakapan Ukhuwwah" kawaiiii-nee!? :D

Dalam dapakan ukhuwah,
Kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. 
Sungguh di syurga,
Menara-menara cahaya, 
menjulang untuk hati saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini,
Dalam Dakapan Ukhuwah...

~Salim A. Fillah


Jazaakumullahu khayran katheer. loves n hugs! espesyeli kpd yg dah terbang ke korea tu. (Sila refer pada gambar comel di atas.hehe) insyaAllah jumpa lagi~!


Psst : saya rasa saya takkan beli buku-buku berkenaan parenting/childhood untuk diri sendiri. Samada saya request atau saya yang bagi. Oh, Allah... Pleaasseee,,, boleh tak kalau macam tu?huhu.

Thursday, February 9, 2012

Updates...

Bismillahirrahmanirrrahim


Alhamdulillah,,,


Final exam semester 7 - dah lepas (200112)


Submit thesis - done! (200112) "The Importance of Mosque Library & Its Effectiveness to the Society : A Case Study at Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Library"


Tadaaa!!!~
Berhijrah dari Kahfi - in progress


Shopping buku dengan baucer - RM100 at MPH, Alamanda. (Personality Plus at Works, 1515, 12 Tokoh Pengubah Dunia, Rooftop Rants) Teringin nak shopping buku DnT kat FIB untuk habiskan lagi RM100.


Buku yang dah habis baca - Rooftop Rants karya Hlovate


Antara 'To Do Checklist' yang dah buat - Moist chocolate cake (mereka kata sedap) ohh,, I just fall in love in baking! how I wish that we find ummi's mixer =( teringin nak buat cheese cake pulak.hee


My 2nd attempt. comot. heh




Hm, How time flies, right? tinggal satu semester je lagi. Semester untuk pratikal+presentation dan kemudian insyaAllah KONVOKESYEN! it will be around November, i heard. :D


I want to share my feelings after finished all these and counting days and months towards my convocation's day. Sebenarnya, takdelah seronok mana. Bila dah habis semua ni,,, rasa makin tak best pulak. Sebab dah kena fikir secara super serius tentang DnT dan kerjaya. Kalau sebelum ni, DnT hanyalah tertumpu dalam kampus, tapi kali ni kena fikir untuk masyarakat secara umum. Kalau sebelum ni pening fikir pasal thesis dan praktikal, kali ni  kena fikir untuk sambung belajar atau kerja. Di mana, bila, dengan siapa. Rahsia hanya pada Dia.


Huuuu, tak bestnya perasaan ni... Bila mana kita dah tak dikelilingi dengan akhawat. Mana taknya, 2tahun saya merasa hidup ber-RI. Tiba-tiba kena pindah keluar. 


Tapi saya tahu. Allah nak saya belajar uruskan rumah, tingkatkan skil-skil rumahtangga, upgrade skil memasak, (oh, saya nak belajar menjahit!), bukan bermakna saya tak belajar itu semua dari RI, tapi di RI, suasananya lain. ok, dah type-less.


Cukup untuk ini dulu ok? senyum. Terima kasih sebab sudi baca updates ni.hu.

Oh, this du'a is for you, those who read and who pray for me (ameen)
Wassalam~!

Thursday, December 29, 2011

Jangan putus asa

Bismillahirrahmanirrahim

Peperiksaan akhir di USIM makin hampir. Jadual peperiksaan saya bermula dari 6 januari dan berakhir pada 20 januari 2012.


Sekarang memang musim study week di sini. Bukan musim salji seperti di kawasan2 yang bermusim di luar negara sana. Kalau kat sana main salji, kami di sini main buku dan nota -__-"


Tapi beza pula dengan saya. Walaupun peperiksaan akhir makin dekat, saya tak dapat fokus untuk study. Saya masih berhempas pulas menyiapkan thesis dan group assignment (yang serupa thesis) yang tamat tempoh beberapa hari lagi :(

Beberapa hari lepas, semasa saya sedang khusyuk menaip, tiba-tiba, ada seorang ukhti yang sweet ni, hadiahkan lagu don't give up untuk saya (di facebook). Beliau juga memberi saya 'selawat menghindari masalah' daripada Nowseeheart. Sungguh, Allah beri saya motivasi melalui beliau ^__^



Hm, nak minta doa dari kalian boleh? Doakan saya dapat hantar thesis ini pada tarikh yang ditetapkan please? 




Nota jari : tagline baru sempena final exam terakhir(insyaAllah) ini ; Allah bersamamu jika kamu bersamaNya~ Strive hard, pray harder everyone! ^^